Keretapi Berbunyi Choo! Choo! 1

Prakata


"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilham"

Gema takbir raya hanya mampu bertaut halus dalam hati. Oslo, kita mulakannya dari sini.

MK Farhan
18 Ogos 2012
Satu hari sebelum Eid

Oslo


Sebaik tiba di Oslo Rygge Airport, aku bersama teman perantau, Akmal mula mengatur langkah menaiki bas ke tengah kota Oslo, sebuah kota termahal di dunia. Harus aku akui, dalam semua negara yang aku pernah lawati, Oslo adalah yang termahal sekali. Boleh kata, setiap benda yang hendak dibeli perlu di gandakan empat kali. Bukan empat kali duit RM, tetapi empat kali Euro. Mata wang negara ini adalah NOK. Ya, setiap kali kau nak bayar sesuatu, kau akan berkata:

"Berapa noks?" 

Jadi aku terus menggelarkan kota ini, kota pondan. 

Semalaman

Aku hanya menghabiskan masa sehari disini. Sempat juga merayau satu kota. Oslo tidaklah ada apa yang menarik, cuma mungkin kerana populariti bangunan Nobel disini yang membuatkan kota ini menjadi tarikan. Untuk mengenali Norway, Oslo bukanlah jawapannya. Jawapannya? Tunggu selepas ini. Ewah.


Tapi bagi aku sendiri, aku gemarkan kota ini kerana seni reka bangunannya yang moden. Untuk menghabiskan sehari di sini sudah cukup. Dan kami berbuka puasa yang terakhir tahun ini di sana. Syahdu, hanya tuhan saja tahu. Sempat kami menghabiskan masa melawat masjid disana selain beli belah malam raya. Mengingatkan aku beli belah di Jalan TAR malam raya. Cumanya di sini, beli belah di atas jalan tar. 

Perjalanan Bermula



Perjalanan kami merentas negara Norway adalah menggunakan keretapi. Terkenal dengan gelaran sistem perkhidmatan keretapi tercantik dan terbaik Eropah, sememangnya akan menggamit seribu satu memori. Ayuh kita ke Flam.


Bersambung


This entry was posted on Friday, February 1, 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply