Prakata
Ku taip nota ini agar satu hari nanti, anakanda ku dapat tatap,baca dan berkata..
"Bapakku awesome"
kehkehkeh
Muka 1 Pakcik Gab Dan rakan-rakan.
"What are you guys planning to do for your holiday" kata Pakcik Gab dalam slang Perancis kepada kami semua.
"Road trip!" kata aku dengan penuh confident.
Pakcik Gab atau nama sebenarnya Gabriel adalah pengurus di bahagian tempat kerja baru aku di sana. Gelaran pakcik itu diberi kerana sifatnya yang cerewet dalam bekerja. Pernah sekali, aku berdebat dengannya selama 3 jam semata-mata hendak menentukan cara siapa lebih efisyen dan mudah. Oh lupa, itu memang gaya orang Perancis. Ego mereka tinggi dan memang susah untuk mencapai kata sepakat membawa berkat. Sebab itu nama negara mereka ada perkataan 'Cis'. Jadi bila kau marah, kau tak perlu bersusah payah meneran, sebaliknya boleh dijamakkan perkataannya menjadi "PeranCis Bedebah!". Mudah bukan?
Melalut kejap bercerita tentang Pakcik Gab. Bulan depan dia datang Malaysia! Baik, teruskan kepada topik utama.Aku bersama teman sepejabat, Joe, Jam dan Bul (bukan nama sebenar), mula membuat rancangan asas dari kemana dan kemana untuk road trip kali ini. Maka, sebagai seorang perancang utama, aku memberi cadangan untuk memulakan perjalanan dari Paris dan membuat putaran anti-clockwise sehingga lengkap satu negara Perancis. Idea ini idea gila untuk tempoh 8 hari. Macam hendak pergi tawan negara pun ada. Tapi Joe, Jam dan Bul bersetuju dengan idea gila ini dan dengan selamba memulakan trip ini kurang seminggu dari bulan puasa.
Muka 2 Pil Perancang
Pelan yang aku ilhamkan adalah dengan meletakkan poin poin utama untuk setiap hari. Poin ini pula adalah berdasarkan kepada hotel tempat kami menginap. Untuk pengetahuan kau orang, aku sering menggunakan Booking.com untuk perjalanan ini. Jadi dari sehari ke sehari, sebelum memulakan perjalanan, kami akan tempah dahulu hotel pada kawasan penamat untuk memastikan putaran lengkap "Saaatuuuu Perancis! Saaatuu Perancis!" bak kata Tok Jib sambil mencucuk langit menguna jari telunjuk
Peta menunjukkan bahawa pelan perang saraf kami. Jarak : 600km++
Jadi untuk hari pertama, kami akan bergerak dari Paris pada awal pagi sebelum ke Etretat dan mengakhiri perjalanan kami di Brest. Sebelum kami memulakan perjalanan terus ke destinasi, dengan sifat ingin tahu apa yang menarik disetiap daerah, maka aku cadangkan untuk menyinggah di France Miniature. Di sana, kami akan dapat lihat Perancis dalam skala yang kecil dan mudah untuk tahu apa yang akan kami lihat dalam skala besar nanti. Skema pula aku guna bahasa skala-skala ritcher ni.
Bismillah.
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" (Az-Zukhruf 43: 13-14)
Jam 9 pagi: Bertolak ke France Miniature!
Muka 3 Gulliver's Travel
Joe, Jam dan Bul sebelum memulakan pengembaraan mini
Joe dan Jam kagum melihat monumen besar menjadi kecil. Nasib baik kami punya besar lagi.
Punya apa? Haa itu kita tak tahu.
Disini agak menarik juga sebab kau boleh lihat semua benda yang ada di Perancis. Jadi kami pun cari apa yang menarik supaya dapat singgah sewaktu perjalanan penuh Satuuuu Perancis! *Itu dia roh Tok Jib masih menganggu. Selain dari miniature yang boleh kau lihat sampai muntah, benda yang menarik bagi aku, Joe, Jam dan Bul adalah kawasan permainannya. Maklumlah, bila di taman mini begini, bapak budak pun boleh berubah jadi budak.
Benda ini pusing-pusing bila kau tekan punat.
To the infinity and beyond!
Muka 4 Gambar Rajah
Muka 5 Belalai Gajah
Perjalan di teruskan ke Etretat. Etretat ini terkenal kerana bentuk cliff atau tebing dalam bahasa kita. Eh yeke? Aku pun tak pasti.Tapi di sini terkenal dengan belalai gajah. Belalai apa? Belalai gaaajah. Ya pandai. Bukan belalai lain ya. Perjalanan dari France Miniature ke Etretat dalam 1 jam lebih.
Dihujung sana itu, itulah dia belalai gajah. Gunakan imaginasi mu.
Bersambung...